assalamualaikum sweeties :)
awak yg kacak and awak yg cun sehat?...
alhamdulillah kalu sehat..kalu xsehat,apelagi kan...
makan ubat je jawabnya dan berdoa kepada Allah..
Allah itu Maha Mengetahui..
Allah akan uji hambanya dengan ujian yang dapat ditanggung oleh seseorang itu..
kita jangan lah nak merungut..sebab ape?
sebab kita sebenarnye mampu lawan dugaan Allah..
kite perlu terus berusaha..
dun give up :)
dan hasilnya,aku rase amat menakjubkan :)
kerana Allah ada rencana yang lebih baek dari ape yg kita inginkan
percayalah :)
semoga penyakit kalian cepat sembuh :)
jangan jadi macam aku pulak..anti ubat..hehe..
aku memang xley nak telan spesies ubat biji-biji neyh..
ubat air laju je aku makan..hahaha..ape barang da..
cik amirah,u already 22 years old meyh..plis improve our way for our own gud sake..
uhuh...aku akan cuba ubah :)
kali ni aku nak share tentang NIKMAT ISLAM
jom,same-same kita hayati
sharing is caring :)
note nih ak copy dr kwan ak...nchat utk ak and kwan2..heeee
Disampaikan oleh: HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini.
(Nota berikut merupakan nota ringkas yang telah diambil ketika Habib sedang menyampaikan Tazkirahnya. )
1. Kalimat Syukur itu sendiri merupakan nikmat dari Allah. Nikmat Allah sentiasa diperbaharui dengan kita sentiasa melakukan sujud syukur. Manusia tidak mampu mensyukuri segala kenikmatan Yang Allah berikan.
2. Kita tidak sedar dengan kewujudan nikmat ALLAH sehingga nikmat itu ditarik balik Dari Allah
3. Cuba kita perhatikan salah satu nikmat dari Allah, iaitu kebolehan kita bernafas. Bila nikmat itu diambil , contohnya seperti ketika kita diserang dan dicekik orang, kita akan rasa betapa besarnya kehilangan kerana tidak dapat bernafas. Manusia tidak akan sedar akan kenikmatan yang diberi kepadanya sehingga kenikmatan itu diambil daripadanya. Oleh itu kita wajib sentiasa bersyukur kepada Allah.
4. Antara nikmat-nikmat dari Allah yang besar adalah Nikmat Islam, kita digolongkan di dalam golongan yang beriman dan Kita digolongkan di dalam umat Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atasa baginda) iaitu umat yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.
5. Daripada nikmat Islam itu sendiri, terkandung lebih banyak nikmat. Umat terdahulu menjadi debu dan dihancurkan kerana tidak beriman kepada Allah.Jibril(alaihissalam) pernah bertanya kepada Allah, mengapa manusia tidak dijadikan sama rata, lalu Allah menyatakan Dia lebih suka dikenali dan disyukuri oleh hamba-hambanya
6. Orang orang kafir turut menerima kenikmatan, contohnya kenikmatan Keamanan dan kenikmatan makanan walaupon tidak beriman Pada Allah Dan Rasul-Nya. Orang Islam menikmati kenikmatan yang khusus, iaitu tergolong dalam umat Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas Baginda) dan menjadi pengikut baginda. Nikmat Khusus ini wajib kita syukuri sebagai orang yang beriman.
7. Nikmat Makanan, makanan mengandungi sumber-sumber nutrisi untuk keperluan badan. Bila dimakan, para malaikat menyalurkan kandungan-kandungan nutrisi di bahagian bahagian yang sudah ditetapkan Allah. Jika nutrisi nutrisi tidak disalurkan dengan betul, sudah tentu pertumbahan bahagian badan kita tidak seimbang.
8. Ilmu-ilmu yang baru ditemui dan diterokai adalah sebagian kecil daripada ilmu Allah. Contohnya Maut, para doktor hanya dapat mendefinasikan mati itu bila jantung manusia telah berhenti dan otak tidak berfungsi lagi. Sementara para Ulama mendefinasikan maut itu apabila keluarnya roh dari jasad, atau bila roh berpisah daripada badan dan sesungguhnya Roh itu ada lah perkara khusus bagi Allah.
9. Marilah kita beramai ramai bersukur kepada nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dengan berusaha meningkatkan keimanan. Dalam nikmat Islam , ada nikmat tergolongnya kita semua didalam golongan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas Baginda). Mensyukuri nikmat ini boleh dilakukan seperti mangamalkan sebanyak sunnah sunnah Nabi. mempelajari sirah2 Nabi, membaca Qasidah dan sebagainya.
10. Kita harus sedar, Islam itu merupakan Nikmat terbesar. Kita tidak pernah sekali pon berdoa kepada Allah,” Jadikan aku seorang Muslim….” Atau “ jadikan aku tergolong dalam Umat Nabi Muhammad …..” (selawat dan salam ke atas baginda). Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki.
11. Kita wajib untuk sentiasa bersyukur kepada Allah. Setiap nikmat wajib disyukuri, Ramai di antara kita banyak beribadat, tetapi sedikit sahaja golongn yang bersyukur. Maka jadilah dari golongan yang sedikit.
12. Antara cara cara terbaik kita melahirkan kesukuran kepada Allah ialah
a. Jangan sesekali kita meletakkan kepala untuk tido melainkan sudah melakukan solat sunat Witir
b. Dalam satu hari dan satu malam, buka dan baca lah AL-Quran walaupun hanya dengan membaca satu muka. Dan berhati hatilah jika kita tidak membaca Al-quran dalam tempoh seminggu.
13. Kita harus meyakini dan mengimani bahawa sebab kita mendapat semua nikmat ini adalah disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan dalam ke atas baginda). Surga, Islam dan setiap kebaikan diperoleh para Muslim atas sebab Nabi junjungan kita ,Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda). Amalan yang 70 para malaikat keletihan menulis ganjaranya adalah bersukur dan berterima kasih menerima kenikmatan disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda)
:) mari same-same muhasabah diri..kerana manusia itu tidak sempurna melainkan ALLAH.
million thanx for reading :) do comment above sweeties :)